Wednesday, April 20, 2011

Soi lek,Tsu Koon serta George Chan bersiap sedialah parti anda bakal BERKUBUR selepas PRU13

Salam Sejahtera serta tahniah buat BN yg memenangi pilihanraya negeri Sarawak minggu lalu.kejayaan 55kerusi serta mendapat mandat lebih 2/3 membuktikan yg BN masih lagi popular serta mendapat kepercayaan RAKYAT untuk terus menerajui negeri Sarawak.namun dlm kejayaan mempertahankan kuasa pemerintahan negeri BN seharusnya mulai bersedia dari pelbagai segi kerana angin perubahan mulai bertiup ke bumi Sarawak apabila pembangkang makin memperluaskan empayar mereka dengan kejayaan berganda dari segi kerusi DUN Sarawak.


Yang paling mengejutkan saya ialah masyarakat cina yg makin membuktikan yg mereka sudah tidak boleh menerima BN lagi apabila undi mereka diberikan kepada DAP . Secara tidak langsung memberi kejayaan moral kepada pembangkang bagi menghadapi PRU13 nanti .Kalau BN boleh melabelkan Sabah dan Sarawak sebagai  
simpanan tetap bagi BN dan sekarang DAP pula boleh melabelkan yg undi masyarakat cina adalah simpanan tetap mereka dibeberapa buah negeri. Kalau kita mengambil kira keputusan pilihanraya Sarawak ini . Kita sudah boleh merasakan yg BN masih belum mampu merampas P.Pinang,Selangor,Wilayah Persekutuan malahan Perak juga mungkin dalam bahaya. Beberapa faktor yg saya berkata sedemikian antaranya kejayaan pembangkang di P.Pinang,Selangor,Wilayah serta Perak adalah kejayaan dari DAP kerana mereka menyapu bersih kebanyakkan kerusi-kerusi masyarakat cina itulah penyebabnya BN kecundang dinegeri-negeri tersebut.Dan sekarang mereka memperluaskan empayar mereka dengan menawan hampir kesemua kerusi masyarakat cina diSarawak pula.


Pakatan Rakyat sebenarnya tidak mampu menandingi BN dimana-mana negeri diMalaysia ini namun kelemahan MCA,Gerakan serta yg terbaru SUPP gagal dlm menangani masyarakat cina dgn baik.kejatuhan BN adalah kerana mereka.jadi buat Soi lek,Tsu Koon serta George Chan  bersiap sedialah dgn mencari TANAH PERKUBURAN selepas PRU13 nanti kerana parti-parti anda bakal lenyap dari muka bumi Malaysia selepas PRU13.


Buat UMNO serta parti kompenan fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah nasib yg bakal anda terima semasa PRU13 nanti dlm mempertahankan kuasa pemerintahan negara.Buat PM masa telah tiba buat anda utk bertindak dgn strategi baru dan segar lagi TEGAS.buatlah perubahan DRASTIK dlm pentadbiran BN dan Negara agar RAKYAT tidak hanyut dgn DAKYAH pembangkang membolehkan BN tumbang di PRU13 nanti


Yang Baik Hanya Dari Allah Yang Jahil Hanya Dari Kita Yg Bergelar HambaNYA

No comments:

Post a Comment