Sunday, March 13, 2011

Habis Tanah Kita Di Kelantan PAS Jualkan Kepada Taukey



Kota Bharu 19 Feb. _ Memang benar seperti dikata, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya tahu tandatangan dokumen. Kena tipu atas batang hidung pun tak tahu apa.

Terbaru al-Mursyidul Am Pas ini kena tipu dengan dua hamba Allah, Rahmat Ibrahim dan Amnah Ibrahim dalam kes ladang rakyat. Dua hamba Allah ini, abang dengan kakak atau adik dengan abang ini, dapat tanah seluas 2,963 ekar di Mukim Kandek, Dabong atas syarikat Ladang Ternakan Maju Sdn. Bhd. (LTM) pada 23 Mac 2006.

Tanah ini untuk fasa kedua Ladang Rakyat yang kononnya untuk bantu 4,500 orang miskin. (lihat salinan Harakah). Sebenarnya bukan bantu orang miskin tapi nak bantu dua tiga ekor pemimpin Pas dan taukeh Cina.

Rupa-rupanya dua beradik ini hanya proksi, mereka telah menjual kesemua saham dalam LTM kepada Leong Hup Holdings Sdn. Bhd. (LHH) dengan harga RM12,750,000 (lihat salinan dokumen pengambil alihan). Perjanjian itu turut membabitkan kesemua aset dalam LHH.

Dalam dokumen itu LHH turut memiliki tanah seluas 10,095 ekar untuk fasa 1 Ladang Rakyat di Jajahan Gua Musang. Tanah ini berstatus pajakan untuk 99 tahun.

Habis semua tanah rizab Melayu kepada Cina ini. Maksudnya, perjanjian memorandum yang Harakah laporkan itu hanya tutup mata rakyat bahawa kerajaan negeri yang Islam ini telah menipu. Habis cerah beri ke Cina.

Inilah dia wajah sebenar Pas yang menipu rakyat. Kerajaan yang menipu rakyat tidak akan selamat dunia dan akhirat. Kelatekito tidak menipu, kita sertakan dokumen. Kalau tidak berpuas hati tolong buat carian di google mengenai LTM dan LHH.

oleh Dato' Muhammad Zaidi Sidek

No comments:

Post a Comment