Thursday, December 30, 2010

Rangsangan Buat Rakyat Oleh PM Tepat Pada Masanya.







Berakhirlah sudah penantian kita selama 14tahun untuk ''Bergelar Sang Juara'' bagi menakluki bolasepak pentas Asia Tenggara ini setelah kita menjuarai Piala AFF 2010 sekaligus melayakkan kita bergelar ''King Of Asean''...tahniah buat semua pemain-pemain wira negara yg bermati-matian dalam mengharungi onak dan duri sejak bermulanya sepak mula pertandingan ini pada 1disember lalu.K.Rajagopal dan anak2 buahnya membaham ''Sang Garuda'' dengan begitu bergaya di Bukit jalil dan diikuti di Gelora Bung Karno didepan lebih 90.000 peminat2 fanatik indonesia.


Tepat 9.53pm akhirnya ''Harimau Malaya'' mengesahkan yg ''Sang Garuda'' sudah boleh dikuburkan dengan agregat 4-2.


Kejayaan manis ini lebih bermakna kerana ''Gelombang Rakyat Malaysia'' memenuhi segala ruang dan sudut diseluruh negara bagi menyaksikan Siaran Langsung perlawanan akhir ini...perkara ini sudah hampir 20tahun tidak dapat dilihat kerana kemerosotan pasukan kebangsaan...


Namun tarikh 29disember bakal tercatat dalam lipatan sejarah kerana kebangkitan Bolasepak Negara serta bangkitnya kembali ''Gelombang Rakyat'' terhadap bolasepak kita.


Apa yg lebih penting dan seiring kebangkitan ''Gelombang Rakyat'' ini ialah Perdana Menteri kita Dato Seri Najib menekan butang yg tepat dengan menghadiahkan ''Cuti Umum 31 disember'' buat rakyat Malaysia tercinta.Disini membuktikan yg PM begitu peka dalam menghidu peluang untuk bersama-sama Rakyat serta menghargai dan mengambil hati Rakyat Malaysia Tercinta.


Apalagi yg hendak kita perkatakan...cuma yg sesuai buat masa ini ialah Tahniah K.Rajagopal ,Tahniah Pemain-Pemain Negara ,Tahniah Tuanku Sultan Pahang(FAM) , Tahniah PM dan Kerajaan dan yg paling penting Tahniah ''Gelombang Rakyat Malaysia''.


Akhir kata teruskan perjuangan wahai Wira-Wira Negara bagi mengapai pula kejayaan yg lebih tinggi iaitu Piala Asia , Olimpik mahupun Piala Dunia...tidak ada yg mustahil untuk kata tidak...''GELOMBANG RAKYAT'' Malaysia akan berdiri teguh dibelakang anda semua.


Syabas dan Tahniah buat MALAYSIAKU


No comments:

Post a Comment