Thursday, November 25, 2010

Sukan Asia & Hala Tuju Sukan Negara...Shaberi Chik dan Zolkefles Embong Undurlah Diri???



Salam...Sukan Asia bakal melabuhkan tirainya namun sebagai rakyat Malaysia saya berpendapat sebenarnya Sukan Negara tidak berganjak ataupun masih di takuk lama serta tidak ada peningkatan langsung dari segi kualiti mahupun melahirkan atlit2 yg baru...apa sebenarnya yg berlaku???apa yg dilakukan oleh Majlis Sukan Negara mahupun Kementerian Belia & Sukan???.tidur ataupun tk buat kerja???.

mungkin Ketua Pengarah MSN berbangga sebagai Chef De Mission ke Sukan Asia kerana atlit2 negara berjaya mencapai sasaran 9Pingat Emas namun adakah beliau sedar yg rakyat Malaysia sebenarnya lebih bijak dlm meneliti pencapaian negara di temasya kedua terbesar dunia itu selepas Olimpik???apakah sasaran beliau 9emas itu wajar???sedangkan kita berjaya meraih 8emas di temasya Doha 2006...dimana sebenarnya peningkatan mahupun kejayaan negara???adakah wang rakyat yg dilabur serta ditabur puluhan juta ringgit mungkin lebih itu hanya mampu membawa balik tambahan 1pingat emas berbanding di Doha 4tahun yg lalu itu sudah membuat MSN serta KBS berbangga???sedarlah wahai MSN & KBS adakah masih relevan sistem yg diguna pakai dlm membawa hala tuju sukan negara ke tempat yg sepatutnya kita berada???

Ingatlah wang rakyat yg dilaburkan itu bukannya kertas kosong semata2...dlm masa 4tahun selepas Doha 2006..MSN hanya mampu mensasarkan 9emas sahaja???cuma lebihan 1pingat emas yg disasarkan dlm 4tahun???logik atau tidak???jutaan ringgit dilabur hanya utk 1pingat emas tambahan???

Dengan kemudahan sukan berkelas dunia kita tidak sepatutnya mensasarkan tambahan 1emas dlm tempoh 4tahun...ini amat mendukacita serta memalukan rakyat&negara setelah wang rakyat yg dilaburkan utk menaikkan nama MALAYSIA tercinta ini dipentas sukan dunia tidak mendapat pulangan yg sepatutnya berbaloi.

buat Menteri Belia Sukan serta Ketua Pengarah MSN undurlah diri jikalau tidak mampu menjalankan AMANAH RAKYAT didalam pentadbiran anda...jangan membazirkan wang rakyat didalam mengejar tambahan 1emas sahaja didalam tempoh 4tahun...amat memalukan pencapaian anda berdua didalam mengurus tadbir sukan negara...

Buat PM carilah penganti yg mampu mengangkat MARUAH Sukan Negara serta penganti yg tidak membakar wang rakyat utk 1emas tambahan dlm 4tahun...memang kelakar.

Shaberi Chik dan Zolkefles Embong bertanggungjawablah dengan kegagalan anda...

wassalam

No comments:

Post a Comment