Thursday, November 4, 2010

Mengapa UMNO tk mampu merampas Kelantan???



Salam...tahniah buat Ku Li,UMNO & BN yg memenangi PRK Galas...terlebih lagi buat Ku Li yg berjaya memacu bahtera UMNO dgn jayanya di Galas...disini beliau berjaya membuktikan yg beliau masih lagi Relevan serta mempunyai pengaruh yg besar di Gua Musang khasnya dan Kelantan amnya...Kejayaan dalam PRK Galas ini diharap dapat meniup semangat angin baru bagi UMNO Kelantan dalam merampas kembali tampuk pemerintahan kerajaan negeri dari PAS.

Sudah sekian lama sejak 90an lagi PAS mendominasi pola politik Kelantan seolah-olah mereka kebal disana...sebenarnya kejayaan PAS mengekal Kuasa di Kelantan dipengaruhi beberapa faktor serta bijak didalam percaturan politik ''UNIK'' dinegeri Kelantan...

1)Berjaya mengambil kesempatan diatas kelemahan serta perebutan kuasa yg ada pada pemimpin2 UMNO negeri???
2)UMNO negeri gagal dalam melahirkan tokoh2 baru yg berwibawa???
3)UMNO negeri tak berSEMANGAT untuk berjuang demi merampas kembali kelantan???
4)UMNO tak mampu menamakan siapa bakal menjadi MB jikalau berjaya merampas kembali Kelantan???

Ini antara beberapa faktor mengapa UMNO masih gagal menawan Kelantan...

Sudah hampir 20tahun PAS memerintah namun UMNO masih bergantung harap pada tokoh2 veteran negeri seperti Mustapha Mohamad,Ku Li,Annuar Musa,Awang Adhek serta 2-3 tokoh yg lain...kita menghormati perjuangan tokoh2 tersebut namun sudah beberapa kali tokoh2 ini saling berganti memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri namun hasilnya GAGAL...disini menunjukkan Rakyat Kelantan keseluruhannya menolak serta inginkan Pemimpin2 Baru dan segar bagi memimpin mereka...adakah ini berlaku???tidak.

UMNO negeri tak berSEMANGAT untuk merampas Kelantan dari PAS kerana kebanyakkan pemimpin2 UMNO negeri lebih suka PAS memerintah dan lebih RELA menjadi pembangkang sebabnya PERUNTUKAN dari Kerajaan Pusat akan disalur terus kepada Ketua2 Bahagian UMNO tidak kepada kerajaan negeri,ahli Parlimen ataupun Wakil Rakyat terpilih...adakah ini mampu dikikis dan diubah oleh pemimpin2 UMNO Kelantan???tidak.

Rakyat Kelantan tertanya-tanya siapakah akan menjadi MB jika UMNO memerintah Kelantan...sehingga kini UMNO tak mampu untuk memberi walau 1 namapun...disini menunjukkan yg UMNO ketandusan pemimpin2 berwibawa...tak salah rasanya bersemangat untuk merampas Kelantan dgn memberitahu rakyat Kelantan...inilah kerajaan ataupun MB bayangan UMNO jika rakyat kembali memilih UMNO berkuasa...mampukah UMNO melakukannya???tidak.

Buat PM lakukanlah ROMBAKAN serta penCUCIan besar2an demi kebaikan UMNO sejagat supaya penyakit2 ini tidak berjangkit atau menular ke Selangor,Kedah mahupun P.Pinang.
Jadikan kejayaan kecil ini di PRK Galas sebagai 1Gelombang keBANGKITan UMNO di Kelantan serta Malaysia khasnya...

Syabas UMNO...Dulu Kini Selamanya...

No comments:

Post a Comment