Tuesday, July 21, 2015

TERIMA KASIH DR. MAHATHIR (Jasa mu dikenang selamanya)


16 Julai 1981
Satu detik sejarah tercipta lagi
Seorang lagi negarawan dinobatkan
Menjadi Perdana Menteri ke 4
Bermulalah satu lagi lembaran sejarah Negara
Kini telah 22 tahun berlalu
Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad
Penerus teraju Negara Malaysia
Telah membawa Negara ke era kegemilangan dan kecemerlangan

Dr. Mahathir…..
22 Jun 2002
Di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra
Segalanya bermula…… engkau telah mengamamkan
Negara dengan keputusan untuk meletakan jawatan mu
Sebagai Perdana Menteri dan pemimpin kami…..
Kami semua bagai berada di dalam mimipi
Apakah yang sedang berlaku?
Apakah benar kata-kata mu itu?
Air mata kami mengalir deras
Satu persatu kenangan bersama mu bermain di fikiran
Satu persatu jasa dan budi mu mula kami bayangi
Sesungguhnya berat untuk kami lepaskan engkau pergi
Engkaulah pemimpin ulung kami
Tiada apa yang mampu kami berikan
Cuma air mata sahaja yang mampu kami balas
Sesungguhnya engkau amat kesal dengan bangsa mu
Siapa lagi kalau bukan orang MELAYU
Mereka hanya asyik bertelegah sesama sendiri
Dari dulu hingga kini orang melayu
Tahu mencari kesalahan orang lain
Kesalahan dan kesilapan sendiri dinafikan
Sungguh bertuahnya sikap dan sifat orang melayu
Bangsa mu bangsa ku juga
Apa nak buat sudah nasib? Kata mereka …!!!
Itulah sikap semula jadi orang melayu………..

Dr. Mahathir….
Kami kagumi semangat juang mu
Untuk memajukan umat melayu
Memajukan Negara, mengkukuhkan ikatan
Perkauman di Negara ini supaya tiada sengketa
Kini kejayaan mu terbukti sudah
Banyak Negara di dunia ini mengagumi Malaysia
Sungguh indah Malaysia kini tersohor dimerata dunia
Mendapat banyak tempat dihati kuasa besar dunia
Malaysia kini hampir maju setanding Negara lain didunia
Engkau telah buktikan bahawa Malaysia adalah aman damai
Maju jaya, makmur sejahtera selamanya

Dr. Mahathir…..
Semasa engkau melangkah pergi
Meninggalkan Putrajaya………
Banyak rakyat akan menitiskan air mata
Hilanglah seorang lagi permata Negara
Seorang yang telah banyak berjasa
Pada agamanya, bangsanya dan negaranya
Mematarbatkan maruah Negara ke mercu kejayaan
Kini kami semua tahu engkau sangat sedih untuk pergi
Tapi apakan daya masanya sudah sampai untuk kau berundur pergi
Meninggalkan sejuta kenangan selaut budi dan jasa
Segunung pengorbanan dan seabad usia untuk rakyat dan Negara mu
Walaupun disudut kecil hati masih belum puas
Untuk berbati kepada Negara, agama dan bangsa mu
Tapi kehendak usia dan masa membuatkan engkau dipersimpangan delima
Keputusan yang telah di buat adalah muktamad tidak boleh diubah lagi
Selangkah kau pergi setitis demi setitis air mata kami akan bercucuran
Bukan air mata kegembiraan tapi air mata kepiluan
Kerna seorang Negarawan ulung Negara melangkah pergi
Meninggalkan mercu Negara yang telah terkenal dimerata dunia ini.

Dr. Mahathir….
Terima kasih atas segala jasa mu
Terima kasih atas segala pengorbanan mu
Terima kasih kerana berjuang untuk Negara
Terima kasih diatas keperihatinan mu pada rakyat
Terima kasih diatas kejayaan mu
Dari Proton saga ke Putrajaya
Dari Perlis sampai ke Sabah
Semua rakyat akan mengenang segala jasa mu.
22 tahun kau curahkan bakti
22 tahun lamanya engkau mentadbir Negara
22 tahun kau bawa banyak kejayaan dan pembangunan
Segala apa yang telah kau curahkan kepada Negara
Hanya Allah Swt jua yang akan membalasnya

Dr. Mahathir….
Sungguh mulia hati dan budi pekerti mu
Sanggup berkorban demi kemajuan dan kejayaan Negara
Berjuang mempertahankan kesucian Agama Islam
Meninggalkan keluarga demi kejayaan Negara
Engkau berjaya membawa Negara kemercu yang tinggi
Wawasan 2020 akan kami laksanakan dengan baik
Dasar pandang ke timur akan diteruskan
Persahabatan dengan Negara luar akan kami akrabkan lagi
Perpaduan antara kaum akan kami kekalkan dengan baik
Kemajuan Negara akan bersama kami gerakkan kehadapan
Kami berjanji akan menyokong penuh kepimpinan yang baru

Dr. Mahathir….
Kami kagumi akan kejayaan mu
Kami berbangga mempunyai pemimpin seperti mu
Kami rasa amat terhutang budi kepada mu
Tidak terbalas segala budi dan jasa mu selama ini
Apa yang engkau korbankan kepada kami amat tinggi nilainya
Sekalung penghargaan kami anugerahkan kepada mu
Akan kami pahatkan nama mu dimercu jaya Negara
Akan kami abadikan jasa dan pengorbanan mu di puncak Negara
Sungguh kental dan berani jiwa raga mu
Sungguh lantang pendapat dan pandangan mu
Seluruh dunia kagumi segala pandangan dan pendapat mu
Walaupun engkau tahu banyak orang yang benci pada mu
Tetapi sifat kesabaran mu kami puji
Tiada dendam kesumat di hati mu
Kepada mereka yang benci pada mu
Engakaulah pemimpin sejati dan pemimpin bistari

Dr. Mahathir….
Selama ini kami semua banyak memandang serong pada mu
Banyak kami lakukan kesilapan pada mu
Kami sanggup mengecilkan tugas mu
Untuk memimpin Negara yang bertuah ini
Kami tahu kami tersilap langkah
Kami terdengar hasutan orang luar
Kami dengar segala tomahan dari mereka
Yang memperlekehkan perjuangan mu
Sedih bila terkenangkan sikap kami yang sebegitu
Rugi kerana kami tidak tahu menilai pemimpin sendiri

Dr. Mahathir…….
Ini dia permohonan maaf kami pada mu
Selangkah bererti mara, terlajak bererti tersilap langkah
Hanya pohonan maaf pada mu kami hulurkan
Tiada yang lebih bermakna jika engkau sudi maafkan kami
Kami sedar kami telah insaf kini
Siapa engkau yang sebenarnya
Seluruh rakyat menyusun sepulah jari memohon maaf dari mu
Ampunilah kami semua…..
Maafkanlah kesilapan kami selama ini…..
Maafkan segala apa tomahan yang kami lemparkan pada mu
Segala apa yang telah kami lakukan akan kami tinggalkan
Kami semua kini telah insaf atas segalanya……

Dr. Mahathir……
Masa begitu pantas berlalu
Meninggalkan kita semua
Kami rasakan baru semalam engkau
Menjadi pemimpin kami
Rupa-rupanya sudah 22 tahun
Engkau memimpin kami dan Negara ini
Kini engkau berundur pergi
Meninggalkan kami dengan pelbagai
Hadiah kemajuan dan kejayaan Negara
Sumbangan yang begitu tinggi kepada kami
Tiada apa yang mampu kami berikan pada engkau
Cuma satu pengharapan kami agar engkau
Terus menyokong kami dari belakang
Terima kasih YAB Dato’ Seri Dr Mahathir
Terima kasih YABhg. Dato’ Seri Dr Siti Hasmah
Terima kasih dari kami untuk Dato’ Seri berdua
Kerana menjadi contoh kepada kami semua
Kerana telah berjaya menyedarkan kami semua
Kerana telah berjaya mengubah haluan kami semua
Semoga Allah jua yang membalas segala jasa mu
Terima kasih atas segalanya atas sumbang besar mu
Kepada kami dan Negara tercinta ini
Akan kami kenangi segala jasa dan pengorbanan mu
Untuk tatapan generasi akan datang
Sesungguhnya perjuangan kita belum selesai lagi rupanya
Diatas runtuhan kota melaka kita dirikan putrajaya
Melayu mudah lupa, sungguh damainya negeri ku
Sungguh besarnya jasa dan budi mu
Dr. Mahathir terima kasih atas segalanya
Engkau akan kami nobatkan sebagai negarawan kami
Engkau akan sentiasa terpahat dihati dan jiwa sanubari kami
Untuk mu Dr. Mahathir terima kasih kami ucapkan
Selamat Bersara YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad
Kami semua ucapkan………………..
Semoga Allah merahmati diri mu selalu………..

Karya Abadi : #putrakolafb
Tarikh : 31/10/2003
 — 

No comments:

Post a Comment