Friday, August 10, 2012

Tun Mahathir sindir pembangkang yang bikin tema Merdeka sendiri !!


Sikap pembangkang yang bersungguh-sungguh mencipta tema Hari Kemerdekaan lain daripada yang dicadangkan oleh kerajaan menunjukkan mereka keliru dan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 Beliau dalam pada itu berkata, kerajaan mempunyai hak untuk memutuskan sebarang slogan bagi digunakan untuk menyambut Hari Kemerdekaan.

 "Itu menunjukkan mereka (pembangkang) confuse, tak tahu apa nak buat. Masing-masing pull in every direction...tak apalah...itu pembangkanglah.

 "Pandangan saya (mengenai tema Janji Ditepati) memanglah, kalau kita janji kita kena tunaikan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tema Hari Kemerdekaan tahun ini adalah berlandaskan ajaran Islam.

 Setelah timbul dengan pelbagai cadangan, pakatan pembangkang akhirnya sepakat memilih ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan ke-55 bagi menggantikan tema ‘Janji Ditepati’ oleh kerajaan Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment