Beberapa nasihat Yg Berbahagia Tun Mahathir kepada tim Sekretariat Ilmuan Malaysia.
Perpaduan
- Kebanyakan umat Islam hari ini jauh meninggalkan al-Qur’an (Islam).
- Umat Islam hari ini tidak bersatu-padu. Bukan itu sahaja, bahkan umat Islam bermusuh ketat antara satu sama lain. Senario semasa menunjukkan umat Islam terpecah-pecah menjadi lebih1000 kelompok.
- Islam adalah agama perpaduan dan menganjurkan umatnya bersatu-patu.
- Islam adalah agama persaudaraan. Asas persaudaraan Islam ialah ‘mengucap dua kalimah syahadah”.
Ekonomi
- Allah memberi rezeki dan kekayaan kepada umat Islam dan negara-negara umat Islam. Namun kekayaan itu tidak bermakna kerana ia tidak diurus dengan baik. Kekayaan jika tidak diurus dengan baik, maka ia tidak lagi menjadi kekayaan.
- Sebahagian besar umat Islam dan negara umat Islam kurang bijak mengurus kewangan dan ekonomi.
Ilmu
- Umat Islam perlu kembali menguasai ilmu di dalam al-Qur’an dengan belajar memahaminya.
- Kita memiliki ramai orang yang sudah membaca dan menghafal al-Qur’an, namun masih sedikit yang memahaminya dengan cara yang benar.
- Selain itu, umat Islam juga perlu menguasai ilmu sains dan disiplin ilmu yang lain, bukan sahaja untuk memajukan negara, bahkan untuk mempertahankan umat Islam.
- Hari ini, negara Islam terpaksa membeli senjata dari musuh mereka untuk mempertahankan negara mereka.
Dakwah
- Untuk berdakwah, umat Islam harus menampilkan imej yang menarik; bersih, kemas, tegap dan sihat. Orang bukan Islam perlu diyakinkan bahawa dengan memeluk Islam, mereka akan berjaya di dunia dan juga di akhirat.
- Islam adalah ‘dien’ yakni cara hidup. Justeru itu, umat Islam wajar menunjukkan bahawa cara hidup yang mereka pilih itu (Islam) menjadikan mereka manusia yang terbukti berjaya di dunia sebelum menghantarkan mereka untuk berjaya di akhirat pula.
- Ilmuan dan pendakwah Islam perlu memberi fokus menonjolkan nilai-nilai murni dalam Islam seperti sikap adil dan pemaaf. Berbanding beberapa hukuman yang dilihat berat dan tindakan tegas kepada mereka yang melakukan jenayah.
- Di dalam kes ‘qisas’ (hukuman balas) sebagai contoh, mengapa yang ditonjolkan itu hanya hukuman balas sahaja. Walhal Allah menyebutkan memaafkan itu adalah lebih utama. Mengapa sebahagian pendakwah Islam hari ini tidak menonjolkan sifat pemaaf itu sebagai lebih mulia dari hukuman?
No comments:
Post a Comment