Monday, May 28, 2012

DAP Serap Anutan Republik Dalam Roh Perjuangan Pas


SEANTERO dunia tahu DAP, atau nama panjangnya Democratic Action Party saudara kembar seiras PAP, People’s Action Party.
Agenda dan dasar perjuangan DAP dan PAP sama – mahukan sebuah kerajaan republik, kononnya semuanya sama rata sama rasa, sesuai dengan ideologi demokrasi acuan dan anutan mereka.
Kembarnya berjaya di Singapura. Impian itu juga mesti menjadi realiti di Malaysia. Namun begitu sistem republik tidak boleh dilaksanakan di Malaysia atas sebab-sebab tertentu demi menjaga kedaulatan Islam, institusi raja-raja dan martabat melayu.
DAP menyusun pelbagai rancangan sekiranya Malaysia berjaya dikuasai oleh pembangkang.
Sebenarnya DAP tidak peduli untuk martabatkan agama islam dan adat istiadat raja-raja Melayu.
Dasar republik ciptaan DAP adalah sama rata sama rasa. Ini akan membuatkan kuasa para Sultan dan raja-raja di negeri akan hilang.
Telah banyak contoh sistem republik yang sudah pun menghilangkan kuasa raja-raja di negara lain.
Ideologi republik yang diperjuangkan oleh DAP wajib ditolak oleh umat Islam dan masyarakat melayu khususnya.
Mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kwan Yew pernah menyeru umat Islam negara itu melonggarkan pegangan agama Islam kerana dianggap punca kemerosotan taraf hidup masyarakat Singapura.
Kini rakan sekongkol DAP, iaitu Pas pun berbuat demikian. Pas korbankan perjuangan negara Islam.
Hakikatnya pakatan pembangkang sudah lama mengamalkan dasar republik dibantu secara tidak sedar oleh Pas.
Cuma DAP menunggu masa PRU 13 untuk menterjemahkannya.
Nauzubillah min zalikk!
HAJI Z
KUALA LUMPUR

No comments:

Post a Comment