Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan tetap bertegas bahawa projek ''BAYAN MUTIARA'' di Pulau Pinang harus dikembalikan kepada RAKYAT Pulau Pinang bukannya dijual.kata2 beliau memang berasas berikutan tanah milik kerajaan negeri di Pulau Pinang cuma tinggal 11% sahaja itupun hanya 2% tanah rendah ataupun tanah rata selebihnya tanah tinggi ataupun berbukit.
Beliau berkata demikian dalam satu majlis DEBAT yg diadakan semalam di UCSI Universiti Cheras.
Debat beliau dengan Yb Tony Phua (DAP) dianjurkan bersama oleh Malay Mail dan IDEA itu berjalan dengan penuh tertib serta profesional.
Debat diantara mereka berdua boleh dijadikan contoh kepada pemimpin2 politik yg lain agar dapat berkongsi pandangan mengenai sesuatu isu serta menyemarakkan nilai2 demokrasi khasnya.
Bukan kita mencari pemenang didalam sesuatu DEBAT tetapi kita dapat menilai keupayaan seseorang pemimpin itu sejauh mana mereka bersedia didalam pelbagai sudut agar mereka benar2 layak untuk menjadi seorang pemimpin RAKYAT.
Saya mengucapkan tahniah buat mereka berdua kerana begitu tenang menjawap mahupun mengupas sesuatu isu yg diutarakan kepada mereka.
No comments:
Post a Comment