Sunday, November 28, 2010

DAP, PKR tolak negara Islam PAS

PULAU PINANG: DAP mengulangi tidak akan bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang kerana pendirian parti itu yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, walaupun parti itu menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini, namun sebarang hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam haruslah ditolak.

"Kita terima agama Islam adalah agama rasmi negara tetapi kita tidak akan bekerjasama dengan PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam," kata beliau dalam Ceramah Perdana DAP di sini malam semalam.

Katanya, berdasarkan Perlembagaan, agama Islam hanya diterima sebagai agama rasmi di Malaysia serta rakyat diberi kebebasan beragama dan DAP akan mempertahankan perkara itu.

Karpal berkata, DAP tidak akan menerima PAS jika parti itu mahu melaksanakan undang-undang Islam di negara ini kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir pada ceramah itu berkata, PKR juga akan mempertahankan Perlembagaan yang menerima Islam sebagai agama rasmi dan parti itu tidak berhasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Anwar, yang juga bekas timbalan perdana menteri, turut membayangkan hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang dengan berkata: "Janganlah seronok dengar sahaja apa yang saya cakap tapi bagilah undi bagi saya menang".

Beliau juga mendesak supaya ahli akademik keturunan Cina dilantik sebagai Naib Canselor bagi sekurang-kurangnya tiga buah universiti awam.

Pada majlis itu, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menyentuh mengenai bantahan terhadap cadangan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam serta isu-isu mengenai prestasi ekonomi negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment