Monday, October 22, 2012

Anak Melayu/Tempatan Menaiki Podium dlm MotoGP


Zulfahmi (kiri) muncul pelumba pertama negara menaiki podium apabila meraih tempat kedua acara Moto3, GP Malaysia di Sepang, semalam.Zulfahmi (kiri) muncul pelumba pertama negara menaiki podium apabila meraih tempat kedua acara Moto3, GP Malaysia di Sepang, semalam.
Anak tempatan pertama raih podium GP Dunia

Sepang: Walaupun hujan membasahi Litar Antarabangsa Sepang semalam, tetapi Zulfahmi Khairuddin ‘membakar’ litar itu apabila melakar sejarah menjadi pelumba pertama negara berjaya menaiki podium Grand Prix (GP) Dunia dengan menduduki tempat kedua kategori Moto3 (250cc), semalam.

Kemenangan itu adalah pencapaian terbaik pelumba yang menyambut hari jadi ke-21 kelmarin sejak beraksi dalam perlumbaan berprestij itu tiga tahun lalu sekali gus mengatasi pencapaian terbaik tempat keempat yang diraihnya di GP Portugal, Mei lalu. 

Bermula di petak utama selepas mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan kelmarin, semangat anak muda dari Banting, Selangor yang mewakili AirAsia-SIC-Ajo Team itu jelas membara untuk meraih podium sulungnya. 

Walaupun pelumba 
Mapfre Aspar Team Moto3, Jonas Folger berjaya memotong di awal permulaan, namun ia dilihat satu strategi untuknya menamatkan perlumbaan di kelompok tiga teratas.

‘Tempat kedua lebih baik daripada kemalangan’

Berbaki tujuh pusingan untuk perlumbaan ditamatkan, Zulfahmi kembali berada di depan sehingga ke pusingan terakhir namun sedikit kesilapan di selekoh terakhir meleburkan impiannya berada di tempat pertama apabila dipintas oleh Sandro Cortese yang menamatkan saingan 0.028s lebih pantas daripadanya dengan 40 minit 54.123 saat. 

Namun tunggangan cemerlang yang dipamerkannya itu cukup bermakna untuk meraih podium pertama sepanjang kariernya pada hari ulang tahun kelahiran yang ke-21, kelmarin.

"Saya belajar daripada pengalaman sebelum ini untuk bermula lebih baik. Terima kasih kepada pasukan kerana sepanjang minggu ini, jentera saya berada dalam keadaan cukup baik. 
"Ketika mendahului, saya ada melakukan sedikit kesilapan hingga dipotong oleh Sandro Cortese. Namun kedudukan kedua di tempat sendiri adalah lebih baik daripada terbabit dalam kemalangan," katanya yang bersaing hebat dengan Cortese pada selekoh terakhir.

Tamat perlumbaan itu, Cortese yang mewakili pasukan Red Bull KTM Ajo turut mengesahkan kejuaraan dunia Moto 3 menjadi miliknya dengan mengumpul 280 mata tatkala tinggal baki dua lagi perlumbaan musim ini, manakala Zulfahmi di tempat ketujuh, 112 mata.

No comments:

Post a Comment