Wednesday, October 10, 2012

Ditempelak Haron Din, Anwar enggan ulas



Post Pic
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menempelaknya bersekongkol dengan penulis Islam berfikiran liberal dari India.

Beliau yang ditemui di lobi Parlimen hanya mengeleng kepalanya dan berlalu pergi, selepas enggan menjawab soalan yang diajukan wartawan Antarapos.

Haron ketika dihubungi Antarapos sebelum ini menyifatkan tindakan Anwar bersekongkol dengan Mobashar Jawed Akbar sebagai tindakan yang tidak direstui PAS.

"Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.

"Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan. Dia rasakan itu boleh mendapat keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar dan dia tiada asas politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tidak macam kita," kata Haron.

Anwar sebelum ini menjemput Akbar yang merupakan bekas Ahli Parlimen India untuk melancarkan bukunya berjudul,"Tinderbox: The Past and Future of Pakistan".

Semasa ucapannya, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulannya menjadi asas perjuangan PAS.
Lebih mengejutkan Akbar yang juga seorang Islam memberitahu, 'sembayang lima waktu sehari semalam bukan sesuatu yang perlu bagi dirinya.
Pengakuan itu menimbulkan persoalan tentang bagaimana Anwar boleh mengangkat individu seumpama itu, semata-mata mahu mencari dokongan kukuh dalam meneruskan kesinambungan karier politiknya.

No comments:

Post a Comment