Monday, March 12, 2012

Shahrizat Jalil berundurlah sebagai KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO dan BN...demi RAKYAT MALAYSIA kerana RAKYAT MALAYSIA tak perlu pemimpin2 yg pentingkan diri serta keluarga sendiri.







Akhirnya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Menteri Kabinet mulai awal april ini...namun perletakkan jawatan ini tidak termasuk bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan Pengerusi Wanita BN...beliau kekal mentadbir dua sayap wanita ini.


Perletakkan jawatan beliau mendapat pujian PM serta anggota2 kabinet yg lain dengan menyifatkan sebagai "Tepat pada masanya". namun bagi saya keputusan ini masih belum cukup menyakinkan RAKYAT yg beliau benar2 jujur dan ikhlas melepaskan jawatan kabinet ini kerana tempoh penggal beliau sebagai Senator bakal berakhir pada hari yg sama beliau mengumumkan bakal mengundur diri sebagai Menteri.


Jika beliau benar2 ikhlas demi Parti beliau juga harus mengundur diri dari memegang jawatan Ketua Wanita UMNO dan Pengerusi Wanita BN...kerana kedua2 jawatan ini lebih dekat dengan hati RAKYAT dan Bakal Pengundi2 di PRU13 nanti.


Kita semua sedia maklum bahawa Pembangkang yg diketuai oleh DSAI memang bijak dlm merencana dan mengolah sesuatu cerita yg benar boleh jadi tidak serta yg tidak benar boleh jadi benar...jadi adakah semua pemimpin2 UMNO dan BN sudah bersedia menghadapi isu Shahrizat Jalil ini didalam kempen2 PRU13 nanti???


Wahai Shahrizat Jalil janganlah menambah beban kepada pemimpin2 BN lagi terpaksa memikul sedikit sebanyak diatas isu dan scandal yg dihadapi oleh suami dan keluarganya...bukan masanya lagi bagi pemimpin2 BN utk "SAKIT KEPALA" menjawapnya serta terpalit dengan tohmahan2 seolah2 pemimpin2 BN juga seperti anda yg kayakan keluarga terlebih dahulu.


Kita khuatir kempen menghadapi PRU13 bakal menjadi canangan serta permainan pembangkang dengan mengubah "RAKYAT DIDAHULUKAN" kepada "KELUARGA DIDAHULUKAN" pula.


PRU12 kita sudah melihat bagaimana BN tumbang teruk kerana seorang "PEMIMPIN" sahaja jadi ambillah "IKTIBAR" dari PRU yg lepas.Janganlah kerana pentingkan "JAWATAN" dan "DIRI" anda...BN yg akan menangung musibahnya.


RAKYAT MASIH SAYANGKAN UMNO DAN BN jadi janganlah angkara satu or dua pemimpin UMNO dan BN mengigit jari lagi.


Buat PM,TPM serta pemimpin2 tertinggi UMNO tolonglah arahkan Shahrizat Jalil berundur sebagai KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO dan BN...demi RAKYAT MALAYSIA kerana RAKYAT MALAYSIA tak perlu pemimpin2 yg pentingkan diri serta keluarga sendiri.

No comments:

Post a Comment