Monday, December 19, 2011

[Gambar] Gay Melayu KAHWIN Gay Mat Salih


Cerita fasal mamat yang dikatakan Ariff Alfian ini sedang meletop di blog dan di FB. Saya yakin rata-rata pembaca sudah tentu maklum bahawa lelaki Melayu ini berkahwin dengan pasangannya, gay yang dikatakan bernama Jonathan di Dublin Ireland.

Menurut beberapa blog, maklumat lanjut tentang mamat yang melakukan perkara dilaknati Allah ini boleh didapati di Wiki. Namun selepas diselidik, maklumat tersebut telah dipadamkan. Yang diperihalkan di blog-blog, mamat ini dikatakan bekas pelajar tajaan Petronas di University College Dublin. Ada yang mendakwa mamat ini masih menuntut di kolej itu.

Selain itu, ada blog yang menulis bahawa keluarganya di Malaysia baru-baru ini membuat laporan bahawa Ariff hilang. Rupa-rupanya hilang dalam dunia yang sesat lagi menyesatkan. Nauzubillah! 

Kalau sudah berkahwin dengan kaum sejenis, maka sudah tentu juga akidah dan pegangan agamanya turut boleh dipersoalkan. Sudahlah mengundang laknat Allah, si Ariff ini menghina pakaian tradisional orang Melayu apabila mengenakan pakaian itu lengkap dengan tengkolok ketika berkahwin dengan kekasihnya.

No comments:

Post a Comment