Thursday, October 20, 2011
Mata dunia sudah terbuka...
Kebangkitan masyarakat yang ingin menumbangkan kebatilan semakin membara terutama di tanah Arab, Syria, Libya, Tunisia dan Mesir serta London yang merupakan bukan negara Islam. Kebenaran akan tiba juga akhirnya dan kezaliman dan kebatilan akan runtuhnya akhirnya.
Apa yang berlaku di Libya detik ini sungguh membuktikan bahawa kuasa rakyat boleh menumbangkan rejim yang sudah lama bertapak dengan kekuatan dan semangat yang ada pada mereka.
Kerinduan untuk menikmati keadilan membuatkan mereka bertekad setelah lama tertindas dalam sistem pemerintahan yang lama. Negara yang kaya seperti di Libya, tetapi rakyat menderita miskin walaupun penduduknya tidak terlalu ramai hanya 6 juta sahaja.
Pemimpin yang mengaut segala keuntungan menyebabkan rakyat terhina hidupnya, sedangkan mereka mengumpulkan harta untuk kepentingan peribadi.
Kejayaan pejuang menguasai Tripoli merupakan kejayaan atasa usaha mereka selama ini. semangat untuk menjatuhkan rejim Muaamar Gadafi diraikan dengan gembira sambil membakar bendera Libya dan mengibarkan bendera mereka.
Saat akhir zaman kita sudah mula menghampiri kita apabila negara Islam akan menang nanti. Pergolakan yang masih belum tamat di Gaza, Palestin dengan Yahudi terus melakukan serangan menunjukkan mereka masih belum berputus asa untuk membunuh umat Islam dan menawan Palestin yang di katakan tanah suci yang disediakan untuk mereka.
Menjelang PRU-13 dalam masa terdekat ini, masyarakat di Malaysia masih lagi dijajah dengan penyekatan maklumat yang tidak tepat tentang sesuatu isu. Kebebasan media sudah diragui apabila hanya sebelah pihak sahaja yang memberikan maklumat kepada masyarakat.
Kemerdekaan yang sentiasa disambut pada setiap tahun hanya sekadar perayaan tanpa dihayati nilai kemerdekaan itu sendiri dalam dunia kita.
Adakah sekadar mengibarkan jalur gemilang kita dikatakan sudah menghayati nilai kemerdekaan sedangkan masyarakat masih lagi mendengar lagu-lagu dari barat, berpakaian cara barat, pemikiran masih dijajah barat.
Di manakah kemerdekaan kita?
Diakui kita aman hidup dalam negara yang dipimpin bangsa kita, tetapi seharusnya kemerdekaan itu berlaku dalam segenap aspek dalam kehidupan kita. Kita yang patut mencorak bagaimana hidup kita sebagai rakyat yang merdeka.
Jika ini berterusan berlaku, negara akan berterusan mundur dan rakyat tidak akan maju dek kerana seluruh hak dan pemikiran mereka dicorak oleh mereka yang tidak mempunyai belas ihsan. Yang kaya akan terus kaya, dan yang miskin akan terus miskin.
Dunia dan kegemilangan kepimpinan negara Islam yang dipimpin junjungan Agung Nabi Muhammad SAW perlu dijadikan contoh teladan erbaik dalam mengemudi sebuah negara Islam yang dipimpim oleh orang Islam.
Rasulullah adalah kekasih Agung Allah yang membawa rahmat kepada seluruh alam dengan peribadi yang di kagumi segenap bangsa dan agama.
Rasulullah telah diangkat di antara pemimpin dunia yang pertama daripada 100 pemimpin yang terunggul di dunia. Baginda merupakan model yang perlu kita junjungi sunnahnya dan mengembangkan syiar dakwah yang di perjuangkan baginda.
Kesan daripada keadilan, keikhlasan dan kejujuran dalam pentadbiran akan membuahkan kejayaan dan kegemilangan dan bakal melahirkan bungan bangsa yang bertamadun dan berdaya saing seiring dengan syariat dan tuntutan agama.
Ayuh, mari kita renungi sejenak bagaimana corak negara kita yang bakal ditentukan pada PRU akan datang dengan menimbang tara elemen-elemen yang perlu dibawa dan diterjemahkan dalam sebuah negara Islam.
oleh : Norhapishah Brahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment