Tuesday, March 15, 2011

SEJARAH UMNO....


Sejarahnya dahulu, UMNO sahaja sebuah parti mewakili Islam, mewakili Melayu, sebelum merdeka dan semasa memperjuangkan kemerdekaan. Melayu hanya bersatu dibawah UMNO. Parti terkuat yang mewakili berbagai golongan orang2 Melayu, tua muda, miskin kaya, bawahan atasan, golongan berbagai kebolehan dan kepakaran, ulamak dan nasionalis. Mereka sekata dan telah berkorban untuk segalanya.

UMNO meletakkan asas2 Parti & pemerintahan berlandaskan Islam. Ditubuh oleh orang2 Islam. Cerdik pandai Islam terdahulu. Dirujuk kepada ulamak2 tersohor dari dalam dan luar negara ketika itu . Malahan mendapat hidayah Allah juga. Dimulai dengan doa kepada Allah Subhanahuwataala.. Walau pun semua panduan pemerintahan didunia dirujuk (contoh2 pemerintahan terbaik manusia, buku2 ilmiah, Perlembagaan Islam Indonesia, Arab Saudi dan negara2 Islam lain), Islam & Al-qur'an menjadi teras rujukan yang mutlak. UMNO memandang lebih jauh kerana berada didalam negara yang diduduki negara berbilang bangsa dan agama. Islam dan Melayu yang menganggotai majoriti 51% dari jumlah penduduk Tanah melayu ketika itu. Meletakkan iltizam memertabatkan Islam, Keamanan dan Kemakmuran malah meningkat taraf hidup semua rakyat.

Diatas izin Allah, berkat doa dato nenek kita, Nawaitu ikhlas mereka, Malaysia melangkah jauh kehadapan jika dibandingkan dengan negara yang seangkatan dengannya, negara2 baru membangun. Malah lebih kehadapan dengan sesetengah negara yang awal dari kita. Negara2 Eropah, Amerika, Negara2 Timur tengah, Jepun adalah negara tertua didunia dan telah maju kehadapan. Mereka telah melalui pelbagai pengalaman pemerintahan, pelbagai revolusi, pernah menjajah malah Arab saudi menjadi negara yang sememang dijanjikan oleh Allah Taala kemakmuran dan keberkatan hingga kiamat. Walau bagaimana pun ada negara2 tertua masih bergelut dengan ekonomi dan taraf hidup rakyat yang rendah. Ada negara Islam yang terlalu miskin sekarang ini, yang telah mengancam pegangan Islam rakyat mereka sendiri, pada hal suatu ketika dahulu pernah menjadi negara yang kuat, makmur dan kaya raya. Mereka melalui era PERPECAHAN, tamak, merebut kuasa, bersengketa, tidak bersyukur dan kufur kepada Allah.

Malaysia dan UMNO walau pun baru 53 tahun memerintah, telah berada ditahap 'bersyukur' dengan pembangunan ukhrawi dan duniawi. malah negara Islam lain mengakui Malaysia sebuah negara model Islam. Kita boleh mempertingkatkannya lagi. Kita TIDAK PERLU TERLALU TERDESAK sehingga mengabaikan keamanan dan kemakmuran yang ada, sehingga boleh mengheret kejatuhan Islam dinegara ini. Perlu ada perancangan dan usaha, kebijaksanaan dan hati2, untuk membawa Islam lebih jauh kehadapan dinegara tercinta ini. 'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa atau negara itu, kecuali diatas usaha dan ikhtiar mereka sendiri" Majoriti bukan Islam dinegara ini masih boleh memberi kerjasama kepada pemerintah, sekata walaupun melalui perdebatan, mereka bekerjasama memelihara kemakmuran negara. Sedihnya setuasi kebelakangan ini, negara menghadapi masaalah perpecahan yang diujudkan oleh orang2 Islam sendiri, orang2 melayu yang diantara 51% itu.

Anda boleh lihat sendiri bukti2 pembangunan Islam diMalaysia SELAMA 53 memerintah. Anda pun sedia maklum. Pemerintahan yang berciri Islam, pemimpinnya majoriti Islam, ada menteri yang bertanggungjawab penuh terhadap agama Islam, undang2 syariah untuk rakyat Islam, pendidikan, badan2 kerajaan yang meneguhkan Islam, Dakwah dan memelihara kepentingan Islam. Masjid dan surau disana sini. Pengetahuan tentang Islam kepada rakyat. Walau pun tidak 100% (tetapi sebahagian besar) anda boleh lihat cara berpakaian orang2 Islam sebelum merdeka dan selepas merdeka. Saya yakin tidak lama lagi semua wanita Islam akan menutup aurat. Walau bagaimana pun kita tidak menidakkan hak bukan Islam dinegara ini. Cuma kita mengawal agar tidak seperti 'menggalakkan' mereka terus menerus menyengutui Allah. Memelihara keharmonian beragama dinegara ini. Supaya tidak ujud persengketaan.

UMNO tidak meletakkan ISLAM secara TERSURATnya didalam pemerintahan demi memelihara dan menghurmati agama dan budaya masyarakat bukan Islam yang mewakili 49% dari jumlah rakyat negara ini.Tidak mahu mengwar2nya pun. Kita lakukan secara berhemah berlandas perlembagaan negara yang kita pacakkan. Tetapi ianya memang TERSIRAT, nawaitunya kita menegakkan Islam dan memajukan bangsa Melayu. Melayulah yang mewakili Islam dinegara ini.

Sudah menjadi lumrah dunia, tidak semestinya yang diadun menemui matlamat atau hasil yang baik 100%.Yang sempurna sesempurna2nya. Manusia ada kelemahannya. Ada dugaan dan cabarannya. Apapun kita WAJIB dan akan terus berusaha mempertingkatkannya. Sesungguhnya UMNO tidak sekali2 merestui segala kepincangan, kekurangan, kemungkaran oleh sesiapa sahaja, pemimpin atau rakyat biasa.

KERANA UMNO BERILTIZAM MENEGAK DAN MEMELIHARA ISLAM, DISAMPING MEMELIHARA BANGSA MELAYU YANG MENDOKONG ISLAM DINEGARA INI

No comments:

Post a Comment