Sunday, January 23, 2011

Berkempenlah dengan berhemah...jangan lupa asal usul kita sebagai MELAYU yg penuh sopan santunnya.



Salam Sejahtera...pilihanraya kecil kembali bagi meriuhkan keadaan politik tanahair yg sudahpun bergolak dengan pelbagai isu2 yg masih lagi hangat diperdebatkan...kali ini dun Tenang pula menjadi medan menguji kekuatan UMNO & PAS.diatas kertas UMNO sudah tentu menjadi calon pilihan jikalau diambil kira pencapaian yg lalu...namun kita tidak boleh memandang enteng keupayaan Pas dan pakatan rakyat...kerana mereka sentiasa mempunyai isu2 yg baru untuk memanipulasikan pandangan rakyat di kawasan tersebut.

Namun kita harus ingat dan sedar apakah sebenarnya perjuangan kita untuk siapa dan untuk apa?

Janganlah mengejar undi sesuatu kaum yg kononnya penentu kemenangan..kita lupa akan asal usul kita yg bergelar MELAYU...janganlah kita menghalalkan apa yg dikatakan oleh rakan2 kompenan kita terhadap agama & bangsa tercinta.

Kita harus serta wajib sedar setiap kemenangan dan kegagalan ditentukan oleh Allah SWT...jadi gunakanlah pendekatan yg lebih terpuji dan berhemah didalam amalan berkempen supaya kita tidak lari dari ajaran ISLAM.

Mencaci,memaki hamun,membohong serta menyalah guna pakai ayat-ayat suci Al Quran serta memanipulasi hadis nabi...perkara2 seperti ini haruslah dijauhkan sama sekali.
Sesiapapun yg memenangi pilihanraya kecil ini bukan persoalannya kerana setiap parti UMNO mahupun PAS masing2 mempunyai kebaikan serta kekurangannya...yg paling penting janganlah mengadai maruah agama dan bangsa.

Zaman yg semakin canggih ini membuat ramai pemimpin2 yg mulai lupa akan kesopanan dan kesusilaan dalam menyampaikan pandangan mahupun pendapat mereka...sebagai contoh didalam alam maya ini seperti facebook kita dapat melihat ramai pemimpin2 yg begitu taksub sehinggakan lupa akan asal usul kita sebagai MELAYU (ISLAM) yg penuh budaya sopan santunnya.kenapa ini berlaku???

Buat pemimpin2 parti politik yg bergelar ( KHALIFAH ) tu tolonglah pantau akan perkara2 seperti ini...janganlah membiarkan pemimpin2 anda semua merosakkan serta mendidik dengan memberi contoh yg tk baik buat RAKYAT MALAYSIA tercinta ini.

Ingatlah Firman Allah SWT...Imamkanlah diri serta keluarga terlebih dahulu sebelum kita mengIMAMkan masyarakat kita.kalau firman ini menjadi petunjuk serta ikutan nescaya perkara2 yg kurang sopan santun serta bahasa2 kasar ini dapat dihindarkan...

Renung2kanlah serta Fikir2kanlah...

buat UMNO dan PAS selamat berkempen dengan berhemah.

No comments:

Post a Comment