Jalan ke syurga
Tanya kepada sesiapa yang bergelar manusia
Semuanya hendak menuju ke sana
Semua nya tak mahu menuju ke neraka
Malah apabila manusia melakukan sesuatu dalam hidup di dunia
Semua nya mengharapkan Tuhan berikan pahala dan syurga
Semua nya tidak mahu dosa dan neraka
Persoalan nya
Apa kah kita layak menuju ke syurga
Apa kah kita layak hanya ke neraka
Apa kah syurga yang sebenar nya
Dan apakah neraka yang sangat di takuti manusia
Ada juga manusia sebut syurga dunia
Tetapi manusia tak pernah sebut neraka dunia
Apa kata kita bercerita
Melalui ilham dari Tuhan Yang Maha Kuasa
Jalan ke syurga
Tidak sama jalan nya ke neraka
Jalan ke syurga
Tidak perlu modal berjuta
Tetapi jalan ke neraka
Manusia habiskan berjuta-juta
Apa maksud kata Yang Maha Kuasa
Jalan ke syurga
Hanya patuh kepada perintah Yang Maha Esa
Dan tinggalkan larangannya
Tak perlu modal apa-apa didunia
Hanya abdikan diri kepada Tuhan Yang mencipta kita
Jalan ke neraka
Patuh kepada larangan Yang Maha Kuasa
Dan tinggalkan perintah Nya
Ini banyak modalnya
Kerana terpaksa belanja berjuta
Untuk patuh kepada larangan Yang Esa
Yang menjadi masalah kepada manusia
Mereka tak di didik mengetahui ilmunya
Yang mana satu perbuatan dalam hidup manusia
Yang boleh membawa manusia ke syurga atau ke neraka
Yang pasti kefahaman manusia
Sesuatu yang berbentuk agama
Solat, puasa, zakat haji dan sebagainya fahaman manusia
Adalah jalan menuju ke syurga
Hablumminnannas itulah namanya
Sesuatu yang berbentuk kehidupan manusia
Saperti berkeluarga, berharta, bekerja, berniaga dan lain-lainnya
Tidak dirasai sebagai jalan menuju ke syurga
Hablumminallah itulah namanya
Inilah kefahaman manusia
Yang sudah dirosakkan pemikirannya
Sejak tumbangnya tamaddun Islam didunia
Orang yang dikatakan kuat pegangan agamanya
Juga tidak faham kehadiran Tuhan yang sebenar-benarnya
Mari kita contohkan dalam kehidupan kita
Jalan ke syurga
Kalau perintah Tuhan itulah modalnya
Kenapa kita abaikannya
Kenapa kita lalai dan leka tidak patuhkannya
Menutup aurat bagi wanita contohnya
Kenapa ramai wanita
Yang masih buka sini dan sana
Terutama yang kata mereka kuat pegangan agama
Ini sudah terang-terang tak ikut perintah Yang Esa
Apakah ini jalan ke syurga fahaman manusia
Terang dan nyata ianya jalan menuju ke neraka
Sombong, bongkak, dengki, pendendam,pemarah sikap manusia
Banyak kita saksikan dimana-mana
Banyak lagi sifat mazmummah yang ada pada manusia
Yang manusia anggap tidak kena mengena dengan jalan kesyurga
Tetapi hakikatnya ini bukan jalan kesyurga fahaman kita
Sikap begini adalah jalan menuju ke neraka
Pergaulan bebas manusia
Yang bukan muhrim kita
Pegang sini, sentuh sana tanpa sebabnya yang Tuhan redha
Berkebajikan tanpa patuh kepada syariat Yang Maha Kuasa
Semuanya adalah jalan menuju keneraka
Kalau manusia tidak bertaubat dengan sebenar-benarnya
Ini adalah perkara-perkara yang nyata
Cuma kefahamannya sahaja
Yang membuatkan manusia
Tidak sedar dan faham kaedah dan ilmu Yang Maha Esa
Kita lihat yang tersirat pula
Yang manusia sangka baik pada pandangan manusia
Tetapi sebenarnya tidak baik bagi Yang Maha Kuasa
Solat contohnya
Siang malam kita mengadap Yang Esa
Memohon ampun dan maaf setiap masa
Memohon Tuhan berikan keperluan kita
Memohon bermacam-macam untuk kesenangan dunia
Memohon kepada Tuhan agar dijauhi siksa kubur juga
Cakap apa saja semuanya diminta manusia
Sebab agama mengizinkan kita
Solat sampai berbekas dahi kita
Tetapi diri masih sama sahaja
Tetap juga memiliki sifat yang Tuhan tidak suka
Tetap juga tidak redha dengan Yang Esa
Kalau takada duit semua orang dimarahi kita
Kalau takada duit semua orang disalahi kita
Walhal semua ini Tuhan yang punya kerja
Tuhan nak lihat samada kita redha dengan ketentuannya
Atau disebaliknya
Kalau Tuhan tarik nyawa, baru padan muka
Semua kelakuan yang tidak mengubah diri kita
Kepada sifat yang Tuhan suka
Itu adalah jalan ke neraka
Tetapi kalau solat mengubah diri kita
Kepada sifat yang Tuhan Suka
Itu adalah jalan ke syurga
Kaitkanlah dengan apa sahaja dalam kehidupan manusia
Sekiranya kita menjaga dan ikuti syariat Tuhan Yang Maha Kuasa
Kita tidak lalai dalam menyembah yang Maha Esa
Pasti kita sedang menuju jalan ke syurga
Tetapi ingat ! Bukan jalan ke syurga yang menjamin keselamatan kita
Baik diakhirat atau didunia
Yang menjamin keselamatan kita di akhirat dan didunia
Adalah keampunan dari Yang Maha Berkuasa
Buatlah lah amalan sebanyak mana didunia
Kalau tidak mendapat keampunan Yang Maha Berkuasa
Kita tidak akan jumpa jalan kesyurga
Malah neraka pula menanti kita
Tagihlah keampunan dari Yang Maha Esa
Nukilan: Dato’ Md Dakhiyar Hj Amir DSSA DMM BCK PPA
251623 Mac 2008
alhamdulillah...nice blog...insyallah smoga blog ini akan berjaya stu hrri nanti...add ana di fb amie_yon46@yahoo.com..
ReplyDelete