Salam Semua...pilihanraya kecil Galas ini sekali lagi bakal menguji kekuatan UMNO & BN terutamanya penerimaan rakyat pada PM...pelbagai usaha serta plan2 ekonomi yg diutarakan PM sejak menjadi PM bakal diuji samaada rakyat menerimanya ataupun sebaliknya...
apa yg lebih penting buat PM & UMNO ialah pemilihan calon yg bakal disandarkan harapan bagi membuktikan yg UMNO sudah kembali diterima rakyat...ada baiknya UMNO meletakkan Ku Li sebagai calon kerana beliau boleh la diibaratkan sebagai RAJA di Gua Musang kalau kita mengambil track record beliau disana...dgn jasa2nya yg amat besar disana membolehkan beliau mudah memenangi hati rakyat di Galas kali ini...tetapi yg menjadi permasalahannya ialah kalau Ku Li dijadikan calon maka pembangkang serta rakyat Amnya akan menganggap yg UMNO sudah tidak ada calon serta UMNO takut kalah...
inilah sebenarnya yg menjadi igauan bagi parti yg memerintah Malaysia tercinta bknnya soal pilihanraya kecil DUN Galas ini...
bagi saya biarlah UMNO meletakkan calon baru bagi kerusi tersebut...ini menunjukkan yg UMNO sentiasa bersedia dgn calon2 yg layak bknnya mengharap calon2 veteran lagi...dan rakyat lebih menerima serta menghormati UMNO maka pembangkang pun tk dptlah menggunakan isu2 murahan utk dijadikan gendang kempen mereka...
buat UMNO & PM pilihanraya kecil ini boleh la dianggap sebagai kunci menguji kekuatan UMNO&BN di pilihanraya umum nanti...menang beerti ada sinar dihujung terowong di PRU nanti jikalau kalah beerti PM harus segera menukar strategi pentadbirannya jika tidak UMNO&BN bakal dikuburkan selepas lebih 53tahun memerintah...
teruskan perjuangan demi Agama,Bangsa & Negara.
wassalam
No comments:
Post a Comment